Saturday, 28 December 2013

Couple Islamik?


Hai semua! Assalamualaikum :)
Hari ni aku nak kongsikan satu cerita pendek tentang "Couple Islamik". Harap semua faham dan maaf jika ada yang tersinggung :(


COUPLE ISLAMIK. Apa maksudnya?
Jom baca kisah ni..
Kisahnya mengenai 3 orang. Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan AJK pencegah maksiat sekolah. Beberapa tahun berlalu. Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC" Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! Kan Islamic punya couple tu. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq dan Safura ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC.Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?" "No." jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya."Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.” Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya.
Peringatan untuk diri saya sendiri terutamanya. Wallahualam.
P/s : Couple itu Haram. Jauhi Pergaulan bebas!

Dah habis? Tahniah kerana dapat habiskan bacaan tanpa berhenti separuh jalan :) Dan aku nak bagi tahu sesuatu, couple islamik ni sama je versi dengan TEMAN TAPI MESRA. Yeah, nama yang lain, tapi tetap hukum yang sama. TTM ialah pasangan kawan antara seorang lelaki dan perempuan yang mempunyai perasaan suka sama suka dan masing'masing mengetahui perasaan masing'masing. Dan ianya tetap HARAM :)

Sekian, salam sayang daripada, 

Wednesday, 25 December 2013

Usaha + Doa + Tawakkal = Redha !

Hai semuaaaaa :) Assalamualaikum!
Moga sihat walafiat semua! Sudah ucap alhamdulillah belum hari ni? Belum? Nahhh, cepat ucap sekarang! Sudah? Haa, bagusss! Haha -_- Aku da start merapuu.

"Usaha + Doa + Tawakkal = Redha !"

Itu tajuk aku kali ini.

Sebenarnya aku terfikir nak buat entry ni disebabkan aku baru lepas daripada PMR. Yeah! I got my result. And I just got 8A and 1B --' The subject that i got B is Arabic. So sad because I was learn Arabic for 10 years. Hm hm, never mind. Mungkin takde rezeki aku letuww :3

Entry ini istimewa buat para pelajar yang baru je dapat result UPSR, PMR dan yang bakal mengambil exam SPM. Kepada yang tak dapat result cemerlang dalam UPSR dan PMR, jangan give up! SPM masih ada~ Do your best! Jangan ulangi kesalahan yang sama! Meh aku bagi beberapa tips yang mungkin berguna untuk korang :)

First at all, korang kena USAHA! Yeah! Usaha tangga kejayaan k :) Dekat sekolah, belajar rajin'rajin. Buat kerja sekolah. Tumpukan perhatian semasa cikgu mengajar. Dekat rumah, do exercise! Yeah. Every single day! Kalau malas, ponteng lah skali skale. Hehehe :D

Second! Doa banyak'banyak bagi Allah buka pintu ilmu :) Tanpa izin Allah, kita semua tak akan dapat fahami ilmu Allah. Semua ilmu atas bumi ini, semua milik Allah. Eh eh, bukan bukan! Semua yang ada atas muka bumi Allah ni, SEMUA MILIK ALLAH. SEMUA. So, apa yang kita nak buat, mestilah dengan izin Allah. Kalau Allah tak suka, jangan buat. Okay?

Third! Lepas usaha, lepas doa, kita kena tawakkal. Tawakkal tu apa? Berserah segala'galanya kepada Allah selepas berusaha bersunguh'sungguh :) *Pendidikan Islam Tingkatan Tiga* Tawakkal itu penting. Sebab itu tanda kita percaya akan qada' dan qadar Allah :)

Last skali, kita kena REDHA :) Sebelum kita dapat tahu result kita, kita kena doa dekat Allah, supaya Allah bagi kita redha dengan ketentuan Allah. Lepas kita dapat tahu result kita, pasti kita tak akan menyesali apa yang sudah berlalu. Aku jamin :)

Allah tak pernah mungkir janji :) Kalau kita usaha banyak, Allah akan bagi kita banyak. Kalau kita usaha sikit, Allah akan bagi kita sikit. So, semua yang berlaku, atas usaha kita sendiri. Jangan salahkan takdir Allah :)

Dan.................. Kalau kau rasa kau dah usaha banyak, dah doa, dah tawakkal, tapi tetap tak dapat result cemerlang. Haaaa! Yang tu kau kena check diri kau. Apa salah kau sampai doa kau tak termakbul? Dosa dengan ibubapakah? Dosa dengan cikgukah? Dosa dengan keluargakah? Dosa dengan Allah kah? Hehe. Kene muhasabah diri tu :)

Aku selalu fikir macam ni, kalau aku tak dapat cemerlang, ibubapa aku happy tak? Mesti diorang malu nak cakap result aku dekat family, dekat jiran'jiran, dekat kawan'kawan. Aku taknak bagi ibubapa aku malu. Malu dengan result anak sendiri walaupun ibubapa aku cakap diorang tak kisah aku dapat brape pun asalkan perangai elok.

Okay, taknak panjang'panjang, nanti korang bosan nak baca -_- Harap netry ini bermanfaat :)


Salam sayang,
 
xxx