Friday, 10 January 2014

Liebster Award



Hai hai hai :) Assalamualaikum! Aku di-tag oleh Farah Adilah! Tak sangka weh kena tag :O Haha, aku dapat tahu pasal Liebster Award ni daripada salah seorang following aku. Aku ada jugaklah stalk pasal ni. And aku nak jugak sertai! Alhamdulillah, ada jugak hamba Allah yang sudi tag aku. Hihi :)

Dan jom kita baca jawapan aku!


1. kalau awak diberi duit 1 juta , apa yang akan awak buat dengan duit tersebut ?

= Firstly, aku nak terbang ke Makkah! Ohyeah :) Semestinya bersama my family. In Shaa Allah.

2. Adakah awak seorang yang kuat berangan ? Kongsikan apa yang awak berangan.

= Hehe, sememangnya aku kuat berangan XD Aku berangan nak kerja hebat. Kumpul duit bebanyak! Beli rumah besar. Beli kereta sport yang mengancam! Haha. Hebat kan?

3. Kalau awak diberi peluang untuk menjadi orang lain, siapa yang awak nak jadi ?

= Aku taknak jadi orang lain :) Aku nak jadi diri aku sendiri. I love myself :*

4. Kalau awak seorang artis, macamana awak nak pastikan fans awak terus minatkan awak dan tak berpaling arah ke artis lain ?

=Hihi, ni soalan gempak ni. Kalau aku jadi artis, aku akan jadikan diri aku sebagai contoh teladan kepada fans aku. Itu tanggungjawab seorang artis :)

5. Awak minat haiwan apa ?

= Sugar glider~ Haha. Comel bhai. Eee, rasa macam nak gomol je binatang tu XD

6. Awak suka lelaki yang macamana ?

= Soalan yang paling aku nak jawab ni XD First, aku suka lelaki yang tak merokok! Kedua, aku suka yang tinggi! Ketiga, aku suka yang lebih tua daripada aku :) Keempat, aku suka lelaki yang ego! Lastly, aku suka yang nakal. Hehe XD

7. Kejadian yang paling tak dapat dilupakan ?

= Sampai sekarang aku masih tak dapat lupakan macam mana aku pernah terjatuh ke dalam longkang yang sangat besar di depan semua kawan'kawan aku -.- Yang paling sadis, kawan'kawan aku gelakkan aku dulu sebelum tolong aku. Haha. Memang memalukan :3

8. Blog saya macamana pada pandangan awak ?
= So simple. Dan secara jujurnya, pink dan hitam tak sesuai untuk digabungkan. Hehe, jangan marah tau :)

9. Minat justin bieber ? Kenapa ?

= Tak minat lahh :) My close friend minat Justin. And dia buatkan aku suka akan karakter Justin. Hihi.

10. Beri satu gambar yang melambangkan diri awak.

(Azam dan matlamat aku)

Soalan aku pulak :) Hihi.

1. Apa azam anda pada tahun 2014?

2. Apa pendapat anda tentang kawan yang bertalam dua muka? Dan apakah tindakan anda jika anda mempunyai kawan yang berperangai sebegitu?

3. Apakah kerjadian yang amat anda kesali?

4. Anda sayangkan ibubapa anda? Apa yang anda ingin lakukan supaya kedua ibubapa anda bangga terhadap diri anda?

5. Pendapat anda tentang blog saya?

6. Bilakah anda mula ber-blogging? Dan siapakah yang mula'mula anda follow?

7. Ada crush? Hehe. Apakah ciri'ciri atau perangai crush anda?

8. Adakah internet amat penting untuk anda? Jika anda tidak dapat online dalam masa 3hari, apa yang anda rasakan?

9. Senaraikan 3perkara yang anda ingin lakukan sebelum anda meninggal dunia.

10. Gambar moto atau prinsip hidup anda :)


Mangsa saya ialah jeng jeng jeng! Haha.

- Ashirah Azif
- Aqilah Azmi
- Rabi'atul

Selamat menjawab! Maaf jika saya menyusahkan. Hehe.

Salam sayang,

Monday, 30 December 2013

Bersediakah kita? Alam barzakh semakin menghampiri :(

Hai :) Assalamualaikum!
I'm here again :) Wanna share a short story for you guys! Read until finish okay? Thanks :)



Suatu malam, seorang anak yang telah kematian ibu dan ayahnya di dalam kemalangan jalanraya, telah bermimpi. Ayahnya seorang guru. Begitu juga ibunya.
Dalam mimpinya, datanglah ayahandanya dalam wajah yang tenang dan ceria. Bondanya tersenyum di sisi. 
Anak: "Ayah, berseri-serinya wajah ayah. Rindunya pada ayah dan mama." (menangis) 
Ayah: "La Tahzan anakku. Sesungguhnya ayah baik-baik saja di sini. Jangan risau. Teruskan hidupmu dengan tabah. Jadilah anak yang soleh, kerana solehmu itulah yang meringankan dan membantu kami di alam barzakh." 
Anak: "Insya-Allah, ayah. Ayah, boleh saya tanya?" 
Ayah: "Silakan." 
Anak: "Bagaimana ayah nampak ceria sekali? Bukankah alam barzakh itu begitu seram dan menakutkan?" 
Ayah: "Iya nak. Alam kubur sangat mengerikan. Namun, kerana ilmu yang bermanfaat yang ayah ajar di sekolah pada anak-anak murid, itulah yang membantu ayah di sini." 
Anak: "Itu je?" 
Ayah: "Juga kerana jasa mama mu." 
Anak: "Wah..nak tahu.." 
Ayah: "Ada dua jasa besar mama yang ayah tak pernah ceritakan pada anak-anak sebelum dan selama ni." 
Anak: "Apa dia?" 
Ayah: "Pertama, mama mu taat cakap ayah tidak pernah membantah atau meninggi suara. Setia, tidak suka bercakap dengan lelaki lain walaupun ayah tidak kongkong mama begitu. Kalau mama nak cakap, akan minta izin dengan ayah. Mama tidak suka bergaul rapat dengan jiran-jiran jika tiada urusan kerana jiran terlalu banyak mengumpat dan mama tak suka. Mama jaga harta ayah dan tidak guna sewenangnya kecuali untuk keluarga semata-mata. Tidak pernah mama minta sesuatu yang tak mampu ayah tunaikan. Cincin atau rantai emas berpuluh ribu tidak pernah dimintanya." SaAnak: "Alhamdulillah. Kedua?" 
Ayah: "Kedua, mama menjaga auratnya. Hatta ipar sendiri tidak pernah melihat aurat mama. Mama tidak berpurdah, namun mama pandai menjaga aurat. Mama bukan wanita yang sempurna segala sudut, namun melengkapi hidup ayah setiap sudut. Mama menutupi kekurangan ayah dengan kelebihannya, dan begitu juga ayah pada mama." 
Anak: "Masya-Allah tabarakallah.. Nampak kecil dan remeh, namun besar dunia jasanya pada ayah..Allah..Allah.." 
Ayah: "Jadi, pesanlah pada adik-adik perempuanmu. Sebagai abang yang sulung, bantulah mereka sekurang-kurangnya ikut jejak langkah mama. Jadikan Saidatina Khadijah atau Aisyah r.a. sebagai role model muslimah mereka, itu lebih baik. Banyakkan berselawat pada Nabi s.a.w. Banyakkan baca al-Quran. Semua ini menolong di dalam kubur kelak. Bacalah Surah al-Mulk sebelum tidur. Istighfar setiap masa." 
Ayah dan ibunya kemudian datang memeluk erat si anak. 
Seketika, si anak tersedar dari mimpi. Linangan air mata hangat mengalir di pipi. Rindu tetap bersemi. Walaupun jasad tiada lagi di sisi. Nasihat ayah bonda kekal di hati.


cerita: Muhammad Rusydi

So? Dapat pengajaran? Alhamdulillah. In Shaa Allah kita sama'sama berubah :) Ameen!

Salam sayang daripada

 
xxx