Showing posts with label Mencari redha Allah. Show all posts
Showing posts with label Mencari redha Allah. Show all posts

Sunday, 20 December 2015

Takpayah berdendamlah.





Hai. Selamat tengahari.

Assalamualaikum :)

Dendam.

Hati orang yang berdendam tak akan pernah aman. Sentiasa gelisah. Duit banyak pun, hati tak tenang. Nah, korang nak ke? Mohlerr kita sama'sama buang sifat dendam dalam diri kita. Takpayah difikirkan sangat jahat orang dekat kita. Baik kita fikir jahat kita dekat orang. Kalau orang tu tak maafkan kita, dekat akhirat nanti merangkak kita mencarinya. Haaa nak ke?

Mungkin kita tersilap pandang. Kadang'kadang kita duk kutuk artis, duk kutuk pm sendiri *batuk* duk kutuk orang yang kita tak kenal, bilaaaaaa kita nak pi jumpa dia mintak maaf? Bila weh?


DOSA DENGAN MANUSIA, MANUSIA YANG MESTI MAAFKAN.


Selagi dia tak maafkan, haih nauzubillah. Jadi, apa kata kita pakat maafkan semua orang supaya semua orang maafkan kita? Haaa, berbaloi kan? Bak kata orang putehhh....


''What you give, you will get it back."


So, ayuh kitaaaaa :)

Tapi kalau nak hapuskan jugak dosa kita dengan orang lain, sememangnya kita perluuuu jumpa orang itu sendiri. Ungkapkan kata'kata maaf. Kalau orang tu dah takde? Em, bertaubatlah dengan sebenar'benar taubat :) Mohon dengan Allah supaya dimaafkan. Kalau berkemampuan, lakukan kebaikan kepada orang lain supaya dosa kita itu terhapus. Yang penting, IKHLAS :)

Aku pernah berdendam. Ya, dendam yang sangat'sangat..

*cerita yang panjang, boleh skip haha*

Ada satu hari tu, kawan baik aku ada lah upload gambar dia dengan sorang laki (kawan) jadikan profile picture whatsapp. Then sorang perempuan ni salah faham yang diorang berdua bercinta. Nah, apa lagi, dia main hentam la kawan baik aku dekat wechat. Aku pun naik angin la. Aku komen la elok'elok. Then kawan kepada perempuan tu hantar chat aku. Then aku terus terang. Fullstop habis dekat situ. Esokkan aku update moment saja'saja, tak berkaitan dengan sesiapa. Lepas tu, kawan perempuan tu hantar chat tuduh aku. Urgh aku pun geram malas nak layan, aku delete aja lah diorang daripada wechat aku. Lepastu dia takpuas hati jugak, duk hantar whatsapp marah'marah. yaAllah, aku geram sangat tapi aku taklayan pun. Aku simpan dendam. 2hari hidup aku tak aman, gelisah. Aku pun muhasabah balik diri aku. Aku pun belajar maafkan semua orang. Alhamdulillah hidup aku lebih aman :)

*ending*

Jom sama'sama berubah demi syurga Allah :D


Monday, 14 December 2015

9 CONTOH GEJALA MEMPERSENDAKAN AGAMA



Assalamualaikum :)



AMARAN KERAS!!!!!

JANGAN sesekali anda mempersendakan agama Islam. JANGAN. Hukumnya haram dan berdosa. Hati'hati kawan'kawan :)

InshaaAllah pada hari ini aku nak kongsikan kepada semua contoh'contoh gejala mempersendakan agama.
Here i go~

1. Makan pada siang hari di khalayak ramai pada bulan Ramadhan.


Ehem, sebenarnya yang ni memang berlaku dalam masyarakat kita. Terutama kepada kaum wanita. Ya, orang yang melihatnya mungkin akan beranggapan anda sedang PSM (keuzuran) tetapi hormatilah bulan Ramadhan. Tak elok buat macam tu, berdosa :)

2. Menyambut hari raya dengan hidangan minuman keras.

3. Menyambut perayaan dengan hiburan yang diharamkan oleh syara'

cth mudah : Sambut hari raya dengan makwe, berpegangan tangan, berpeluk atau bersalaman. Haih, jangan rosakkan kegembiraan hari raya awak dengan malaikat duk catat dosa awak :)

4. Menyempitkan konsep beragama pada tuntutan fardhu ain semata'mata manakala tuntutan fardhu kifayah diabaikan.

Yang ni aku payah nak terang sebab aku takut aku TERsalah terang. Korang yang nak tahu, boleh rujuk yang lebih arif. Maaf :')

5. Menganggap bahawa ajaran Islam tidak sesuai dengan peredaran zaman.

Em yang ni sama dengan konsep berpakaian ketat sebab rasakan berpakaian longgar itu ketinggalan zaman. Haih awak, bukan ketinggalan zaman, tapi dah memang tuntutan agama Islam :)

6. Menghina dan mengkhianati kitab'kitab agama dan para ulama'

cth : Mengejek cara bacaan Al-Quran, memijak atau mengoyakkan helaian alQuran, meletakkan alQuran di tempat yang hina ( sama taraf dengan kaki)

7. Memutarbelitkan maksud ayat AlQuran dan Hadis untuk kepentingan peribadi sesuatu puak.

Em macam yang berlaku sekarang. Wujud ajaran sesat yang menyatakn solat hanya perlu niat sahaja berdasarkan hadis Nabi ada menyatakan. sesuatu perkara berdasarkan niatnya. Itu salah. Jangan mudah terpedaya dengan ajaran sesat itu. Belajar agama dengan lebih mendalam. InshaaAllah terselamat :)

8. Mempersendakan sunnah Rasulullah.

cth : Ejek lelaki berjubah singkat atau berserban.

9. Mempersendakan wanita Islam yang menutup aurat.

Haaaaa! Yang ni ramai zaman sekarang. MasyaAllah :(






Monday, 11 August 2014

#57 Wordless | Family |





Sunday, 10 August 2014

12 Barisan Di Akhirat

Assalamualaikum.
Jom menimba ilmu~

----------------------------------------------------------------

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda: 

“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T” 

Erti firmanNya;

“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” 
(Surah al-Naba’) 

Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.” 

Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 

BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. 

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 

BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 


BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 


BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 

BARISAN KETUJUH 

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah

“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 

BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 

BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

"Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEPULUH

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka." 

BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. 

"Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka." 

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;


"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.”

Subhanallah. Besarnya kuasa Allah.
Jom tanya diri sendiri, kita nak tergolong dalam barisan yang ke berapa?
Apa yang perlu kita buat untuk tergolong dalam barisan tersebut?

Wallahua'lam.

Wednesday, 30 July 2014

#56 Wordless | Jangan berdengki! |



Yuk berubah! :D

Thursday, 24 July 2014

Rasulullah contoh TERBAIK!



Assalamualaikum semua :)
Selamat berbuka puasa! Hari ini sudah 26hari kita berpuasa. Alhamdulillah :)
Semoga puasa kita diterima Allah. Ameen!

Hari ini aku nak kongsi pasal AKHLAK RASULULLAH yang boleh dijadikan CONTOH TERBAIK untuk kita semua.
Jom baca cerita ini sama'sama :)
InShaaAllah bermanfaat untuk semuaaa :D

-------------------------------------------------------------------

Suatu hari, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Sesiapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas sambil tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat. Tidak kira sedikit atau banyak. Namun kali ini tidak. Tidak seulas pun diberikan kepada para sahabat. Rasulullah SAW terus makan sambil tersenyum, sehingga habis kesemua limau itu. Kemudian, wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari Rasulullah SAW.

Sahabat - sahabat agak kehairanan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada antara kalian yang akan mengenyet mata atau memarahi wanita berkenaan. Saya bimbang hatinya tersinggung. Sebab itu saya habiskan kesemuanya."


Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Sumber : SINI

Wednesday, 23 July 2014

10 solat yang tidak diterima Allah


Assalamualaikum :)
Jom sama'sama membaca perkongsian hari ni.
Semoga bermanfaat kepada semua.

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Sumber : SINI

Sunday, 6 July 2014

#55 Wordless | Perempuan |




Sila ambil perhatian :)

"Yang tertutup itu indah. Tetapi yang tersembunyi itu jauh lebih indah"

Wednesday, 2 July 2014

#54 Wordless | Ganjaran Puasa Bulan Ramadhan |



Embedded image permalink

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Syukran to Allah :)

Wednesday, 11 June 2014

Tentang Kesahihan Amalan Dan Fadilat Syaaban

Assaamualaikum :)
Hari ni aku nak kongsikan kepada korang semua Tentang Kesahihan Amalan Dan Fadilat Syaaban. Artikel ini diambil dari laman sesawang Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainal Abidin di http://drmaza.com/
Tekan SINI untuk ke artikel asal.

Soalan: al-Fadil Dr Asri yang dikasihi, sekarang kita berada dalam Bulan Syaaban. Apakah amalan yang patut kita lakukan. Saya dengar macam-macam pendapat. Ada kata banyak amalan Bulan Syaaban yang dibuat orang itu tidak ada dalil. Contohnya malam Nisfu Syaaban. Ada kata palsu. Ada kata memang ada dalil. Saya baca di internet pun macam-macam pandangan. Saya ingin beramal dengan amalan yang betul. Bolehkah Dr Asri huraikan?

Anisah, Bangi.

Jawapan Dr MAZA: Saudari Anisah yang dikasihi, sikap saudari yang ingin memastikan ketepatan amalan amat dipuji. Agama ini bukan diikuti tanpa dipastikan kesahihan, atau diikuti tanpa faham. Agama berpaksikan dalil yang diiktiraf. Sesuatu yang tidak berasaskan sumber yang sah iaitu al-Quran dan hadis-hadis yang sabit (authentic) tidak boleh disandarkan kepada Islam. Dalam masa yang sama, tidaklah pula kita mudah menafikan sesuatu perkara dengan menyatakan ia bukan dari ajaran Islam, sebelum kita benar-benar pasti memang tidak wujud dalil dalam hal tersebut. Mengenai soalan saudari, saya jawab berdasarkan perkara-perkara berikut;

1. Hadis-hadis yang berhubung kelebihan atau amalan pada Bulan Syaaban, ada yang sabit dan ada yang tidak. Bahkan terdapat juga amalan-amalan Bulan Syaaban yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat itu, hanya ikutan yang tidak mempunyai apa-apa sumber. Ini seperti amalan sesetengah masyarakat yang membuat juadah khas Bulan Sya’ban dan seumpamanya. Banyak buku-buku yang dijual tentang kelebihan Rejab dan Syaaban itu tidak berasaskan hadis-hadis yang sahih.
2. Dalam sejarah ilmu hadis, ramai pemalsu hadis memang gemar membuat hadis-hadis palsu yang berkaitan dengan fadilat-fadilat. Ini seperti mereka mengada-adakan fadilat-fadilat bulan tertentu, surah tertentu dan seumpamanya. Mereka akan mengaitkannya pula dengan amalan tertentu seperti solat khusus, doa khusus, puasa khusus pada hari atau bulan yang dikaitkan dengan fadilat itu. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut:
“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadis, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir).
3. Antara hadis palsu yang direka mengenai bulan-bulan:
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).
Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab( lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):
“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
4. Namun tidak boleh dinafikan bahawa di sana juga terdapat hadis-hadis yang sahih mengenai kelebihan Bulan Sya’ban. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:
“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).
Aisyah r.aha juga menyebut:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
5. Hadis-hadis yang disebut di atas dan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan kita amat digalakkan berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Perbuatan berpuasa pada Bulan Syaaban adalah sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w. Amalan sebahagian masyarakat yang suka berpuasa pada Bulan Syaaban adalah amalan soleh.
6. Adapun Nisfu Syaaban, atau pertengahan Syaaban (15 haribulan), terdapat hadis yang sahih tentang kelebihannya di samping banyak hadis palsu mengenainya. Juga tidak terdapat hadis yang sabit mengenai amalan khusus seperti solat khas pada malam tersebut. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:
“Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).
Al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) menyebut dalam al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudu’ah:
“Telah diriwayatkan mengenai solat malam Nisfu Syaaban dari pelbagai riwayat, kesemuanya batil lagi palsu” (ms 72. Mekah: Maktabah Mustafa Baz).
7. Pun begitu tidak dinafikan ada hadis yang sahih Nabi s.a.w menyebut:
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).
Maka, sewajarnya apabila hal ini diberitahu oleh Nabi s.a.w, maka kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci. Syirik dan permusuhan antara muslim adalah sebab seseorang itu tidak diampunkan. Selain itu dua dosa tersebut, mudah-mudahan kita semua diampunkan.
8. Dr Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
9. Namun begitu, janganlah kita terlalu cepat menghukum. Apa yang disebut oleh Dr al-Qaradawi itu adalah kaedah umum. Sesuatu masyarakat atau seseorang individu mungkin mempunyai keuzuran yang tersendiri. Kemungkinan mereka tidak tahu, atau mereka dihalang ilmu untuk sampai kepada mereka dan seumpamanya. Kemungkinan besar jika mereka tahu, mereka tidak akan melakukan hal yang demikian. Tujuan mereka baik, cuma cara sahaja yang wajar dibaiki. Galakan berdoa dan memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban ada asasnya. Penentuan cara sedemikian itu, tidak ditunjukkan oleh nas yang sahih.

Friday, 23 May 2014

Meminta dan Memberi Maaf !


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

TAZKIRAH (Rabu, 30 Jdl. Akhir 1435H)
Meminta dan Memberi Maaf !

Memaafkan kesalahan orang dan meminta maaf adalah satu perkara yang hebat dan sukar ! Bukan senang untuk memaafkan orang yang telah melakukan kesalahan dan menyakiti hati kita seterusnya melupakan perbuatan mereka begitu sahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku.

PENCERAHAN :
Mengapa lebih senang memaafkan musuh pula, dari  memaafkan seorang kawan? Hati manusia itu lumrahnya lembut dan mudah terasa. Kita tidak kenal musuh, jika mereka melakukan kesalahan kita terus boleh memaafkan. Tetapi apabila seorang kawan yang kita telah kenali hati budinya, melakukan kesalahan pastinya kita merasa terluka yang sangat dalam.

Jika Allah SWT sedia mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang telah berdosa yang menyedari kesilapan mereka, tanpa mengira kecil atau besar kesilapan mereka, kenapakah pula kita hamba biasa yang hina ini tidak boleh membuka hati memaafkan kesilapan orang lain?

Sebaliknya, apa yang banyak kita lihat pada hari ini ialah, terdapat mereka yang mengkritik, mencerca, menghina, malah menghukum mereka yang melakukan sesuatu kesalahan, seolah-olah dia atau keluarganya sendiri tidak pernah melakukan kesalahan itu. Seolah-olah dia manusia yang tiada dosa sama sekali. Inilah sikap dua kali lima yang kita anuti tanpa disedari.

Kita menjegil mata pada orang yang memotong barisan kenderaan dalam jem yang panjang, tetapi kita minta tolong sahabat kita yang bekerja di Pejabat Pos untuk mendahulukan urusan kita. Kita memarahi anak yang tidak sudah-sudah hendakkan mainan baru sedangkan kita juga tidak habis-habis menghias kereta hingga kosnya menelan beribu ringgit. Kita meleteri isteri yang membuang masa dengan bergosip bersama jiran, padahal kita menghabiskan berjam-jam lepak di warung kopi. Sikap dua kali lima ini terjadi apabila kita asyik mencari kesalahan orang tetapi tidak ingat akan kesilapan diri sendiri. 

Seterusnya, apabila kita berbuat salah dengan seseorang, biasanya kita akan dirundung perasaan bersalah. Setelah meminta maaf, tingkah laku kita apabila berhadapan dengan orang yang pernah kita buat salah itu akan tidak sama seperti sebelumnya. Sebolehnya, kita akan mengelak untuk bertemu semula dengannya.

Tetapi dengan Allah, manusia tidak akan sesekali dapat berbuat demikian. Mungkin jasad kelihatan akan mengelak dari berurusan dengan Allah. Tidak solat, tidak menghadiri majlis ilmu, mengelak bertembung dengan orang alim. Tetapi hakikatnya, hati yang diciptakan secara fitrah itu akan merasakan sesuatu perasaan bersalah yang amat mencengkam jiwa.

وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ

"Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan." (QS. An-Naml : 14)

Sekiranya manusia terus berbuat demikian, adakah Allah akan rugi? Akan terjejas kemuliaan dan keagungan Allah? Contoh, sekiranya kita tidak solat adakah akan mengurangkan kekuasaan Allah SWT? Tidak sama sekali, sebaliknya manusialah yang akan rugi dan yang akan terjejas dalam kehidupannya di akhirat nanti.

Allah SWT telah berfirman ;
“Wahai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah, Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.” (QS. Fathir : 15)

KESIMPULAN :
Pada saat seseorang melakukan perkara yang salah, kata hatinya akan menyalahkan dia, menuduh dan menghukum diri dengan perasaan rasa bersalah. Tetapi kerana keegoan yang meninggi dalam diri, maka perasaan bersalah itu diketepikan dan dibiarkan berlalu. Memberi dan meminta maaflah... Biar berjiwa besar bukan besar kepala !
Wallahu a'lam - Cuit-cuit Ust Kay

Sumber : Group Whatsapp

Monday, 12 May 2014

#33 Wordless | Merungut |


https://twitter.com/MissKarimah_

Jangan sukaaa merungut ye wahai saudara saudara ku? :)
Pesanan ini untuk diriku jugaa :D
Sama'sama ambil pengajaran.
InShaaAllah.


Wednesday, 7 May 2014

#32 Wordless | Kata Orang |

https://twitter.com/MissKarimah_

Jangan hiraukan orang lain. Jika perbuatan itu Allah suka, lakukannya. Jangan hiraukan kata'kata busuk orang lain :)

Tuesday, 6 May 2014

#31 Wordless | Mom |

https://twitter.com/MissKarimah_


Mom, i love you! I love you! I love you! :*

Sunday, 4 May 2014

Mati itu PASTI


Assalamualaikum.
Jom sama'sama kita mengingati diri sendiri tentang kematian yang PASTI aku menjemput kita semua sama ada kita bersedia atau tidak.

https://twitter.com/MissKarimah_

Abdurrazzaq mengatakan daripada Ats-Tsauri yang bersumber daripada Abu Ja'far bahawa Rasulullah S.A.W pernah ditanya, 

"Orang beriman yang manakah paling cerdik akalnya?"

Nabi Muhammad SAW menjawab:

"Orang yang banyak mengingati mati diantara mereka dan yang paling banyak membekali dirinya untuk kehidupan selepas mati"

So? Adakah anda semua ingin terus menjadi orang yang tidak cerdik akalnya? Tepuk dada, tanya iman :)

Marilah sama'sama kita berubah dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa InShaaAllah :D

Sekian.


#30 Wordless | Jaga |

Embedded image permalink

": Ada tiga yang kena jaga diri sendiri :') "

Saturday, 3 May 2014

#29 Wordless | Hukum Upload Gambar |

https://twitter.com/MissKarimah_

": "@Ob5e5: Apa hukum wanita meletak gambar tak menutup aurat ? ""

Sama'sama berubah demi Allah :) InShaaAllah :D

Dugaan meminang

Assalamualaikum!

Besarnya dugaan lelaki nak meminang anak dara orang.
Budak-budak lelaki yang cuma nak main-main, couple suka-suka, takkan lalui benda ni sebab ketidakmatangan mereka menghalang sel-sel otak mereka berhubung dari memikirkan persediaan ke arah nikah.
Hanya orang yang betul-betul serius akan memahami.
Bila betul-betul serius suka. Betul-betul nak kahwin. Andai bernasib baik jumpa mentua yang betul-betul Islamik, anda tidak akan mengalaminya. Insya-Allah.
Namun, jika kurang bernasib baik, lelaki akan ditanya bakal mentuanya seperti ini.
"Kamu kerja apa? Or masih belajar? Bila nak habis? Lama lagi? Lulusan diploma? Degree? Master or PhD?"
"Berapa tahun kerja?"
"Kerajaan or swasta?"
"Tetap or sementara or kontrak?"
"Gaji sebulan berapa?"
"Kerja kamu ini apa masa depannya? Ada kenaikan gaji? Ada bonus? Elaunnya bagaimana?"
"Pergi kerja dengan apa? Kereta? Motosikal? LRT? Tumpang kawan?"
"Rumah sendiri or rumah sewa? Nanti dah nikah nak tinggal mana?"
"Agak-agak bila nak nikah? Persediaan macam mana?"
"Mampu tanggung anak kami macam kami tanggung?"
Fuh.
Berpeluh sampai ke tumit nak menjawab soalan macam ni. Jika jawapan kamu adalah,
"Baru kerja. Bukan kerajaan. Belum dapat status tetap or berpencen. Gaji masih peringkat starting tak sampai 1.5K sebulan. Tak sure masa depan syarikat tempat kerja, maybe short-term dan kena cari kerja lain yang lebih bagus. Pergi kerja dengan motosikal. Kadang-kadang naik LRT. Cadangan nikah tak dapat buat lagi tahun ni, maybe satu dua tahun lagi. Persediaan masih dalam perancangan. Lepas nikah maybe sewa rumah flat dulu sebab dalam proses nak loan kereta. Insya-Allah mampu kot."
Dengan jawapan temuduga yang tak berapa nak pass macam ni, belum tentu kamu akan diterima walaupun kamu suka sama suka dengan si anak. Tu contoh yang makan gaji. Kalau yang tak ada kerja langsung camana?
Di mata para ibu bapa gadis, mereka nakkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Bila kamu jadi ibu bapa kelak, kamu juga nak pilih menantu yang terbaik. Takkan nak yang cikai-cikai, cukup-cukup makan je. Secara logiknya begitu.
Sebab tidak ramai ibu bapa yang betul-betul Islamik. Mereka ikut logik dan rasa tanggungjawab penuh sebagai ibu bapa sahaja.
Sungguh sukar untuk mencari ibu bapa yang kata,
"Tak kisahlah kamu kerja apa, kerja kat mana. Tak perlu keluarkan kos banyak-banyak. Cukuplah dengan apa yang kamu ada. Yang penting, kamu suka anak kami, ikhlas nak buat isteri dan kami sedia terima kamu sepenuhnya dengan seluas-luasnya hati kami. Kami alu-alukan kamu jadi keluarga kami. Welcome aboard to our big family." (senyum sampai telinga sambut kita)
Ada. Tapi susah. Ini realiti kehidupan modern sekarang. Tambah-tambah anak orang yang kamu nak itu berada dalam kategori orang berada atau kaya.
Berterus-terang dengan ketidakmampuan diri adalah cara yang terbaik. Andai ibu-bapa si gadis tidak berkenan dengan kita, tidak suka dengan kerja kita yang tidak menjamin kehidupan anak mereka, maka jalan terbaik adalah undur diri saja.
Bukan kerana tidak berusaha untuk dapatkan kerja yang lebih baik, tapi bukan senang juga nak dapat kerja yang bagus dengan ekonomi yang tidak begitu baik dewasa ini.
Solusinya, bila ibu-bapa gadis terlalu inginkan yang terbaik, andainya ia terlalu membebankan kamu untuk capai sebagaimana demand mereka. Maka, sila undur diri saja.
Jika mereka mahukan menantu yang terbaik. Kita juga mahukan mertua yang terbaik. Mertua yang terbaik pada kita adalah yang memahami erti hidup Islam sebenar. Tidak demand ke tahap yang kita tak mampu lakukan. Nikah tidak rumit dalam Islam.
Lepaskan saja anak mereka, insya-Allah pandailah orang tua mereka matchkan dengan calon yang lebih baik sebagaimana ciri-ciri menantu impian mereka.
Bukan enggan berusaha, tapi berjaya tu tak datang sekelip mata.
Nasihat saya kepada semua lelaki, sila lengkapkan diri betul-betul sebelum jalani temuduga keluarga. Biar bersedia segala sudut. Jangan pergi dengan bekal kosong dan janji manis.
Aturan Allah itu terbaik. Jaminan Dia lebih baik dari jaminan kita. 
Bagi semua yang dah bergelar tunang atau isteri, hargailah lelaki masing-masing. Kerana bina masjid suci, tak semudah kita bermimpi. 
Mungkin juga kamu jarang melihat titisan air mata seorang lelaki demi nak jadikan kamu isteri di realiti.

Sumber : Group Tudung Labuh Whatsapp :)

Sekadar perkongsian bersama. Semoga bermanfaat untuk semua :) InShaaAllah. Terima kasih.

Friday, 2 May 2014

#28 Wordless | Laman Sosial |

Embedded image permalink

Yang ni memang aku sentap habis wooo! :/

❝ BERTUDUNG LABUH ❞

❝ BERTUDUNG LABUH ❞

https://twitter.com/MissKarimah_


 Bertudung labuh itu bukan kayu ukur tingginya tahap keimanan seorang wanita. Bukanlah juga satu jaminan untuk dia masuk ke syurga. 
 Tapi dengan tudung labuh itu membuatkan dia sentiasa berusaha untuk berubah menjadi seorang muslimah solehah yang Penciptanya mahukan.
 Kerana.. Dia, wanita yang mahukan kasih sayang dan cinta Illahi sentiasa ada bersamanya dalam apa jua keadaan yang ada.

 Dan.. Bertudung labuh itu juga menjadi pelindung diri wanita daripada perkara yang tidak baik.

 Semoga dari kerana tudung, hati juga terjaga, akhlak pun terpelihara dan akidah semakin teguh dan kukuh untuk redha Illahi. In shaa Allah.. Aaamiinn..

NotaKaki : Wahai kakak-kakak, adik-adik, serta makcik-makcik sekalian, Jom pakat pakai tudung labuh~!! Moga Allah redha ^_^

Sumber : GTL #4 Whatsapp :)
 
xxx