Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Sunday, 24 December 2017

Movie Review | The Duff

Hello :)
Assalamualaikum!

#day7 of mission #fromZEROtoHERO

Harini aku mood nak review movie. Dan movie yang aku akan review adalah movie lama-lama, bukan yang terbaru.

Why?

Sebab dulu aku jarang tengok movie, tak berkesempatan. So, sekarang adalah masa yang sesuai untuk movie marathon! In the same time, aku nak kongsikan kepada korang semua movie apa yang aku tengok.

Actually, aku ada buat thread kat twitter, thread movies yang aku tengok cuti ni. Aku akan update tiap kali aku tengok movie baru (bukan movie terbaru)

Go follow me on twitter for fast review: https://twitter.com/krmhzul


English movie
2015
Rating: 8/10

Aku malas nak cerita synopsis sebab bagi aku, aku akan spoil your mood :)

Cuma, this movie cerita pasal bestfriends, yang antara bestfriends tu, mesti ada someone yang paling tak menarik, someone tu dipanggil the duff. Nah, aku suka part friendship diorang. Sumpah cool. Even lagi 2orang tu cantik gila namati, diorang tetap accept the duff in their group.

Aku respect! :)

This movie pun ada cerita pasal the duff yang kejar crush dia tapi lastly...... em malas nak story lebih lebih hahaha.

Go watching! Youtube ada dontworry! :)



Sunday, 27 November 2016

Movie review | OUIJA

Adios!
Assalamualaikum.
Semalam, 26 November 2016, aku dan kawan kawan sekolah menengah dalam 10 orang hang out pergi MesraMall.

On the spot rancang. Rancang in 3 days. So, 10 orang je yang dapat hadir. 
  
 
Yang lain sibuk study, tak boleh cuti. Ada yang sibuk urus kenduri kahwin HAHA! Ada yang sibuk dengan hal peribadi. Nevermind, memahami :)

We spent our day in almost 9hours!!!! I just can't believe it. Im so happy :)
 So, taknak cerita panjang pasal hang out kitorang. Aku nak story pasal movie Ouija yang kitorang pergi tengok semalam.

Image result for movie ouija 2016 

Haa yang ni!

7/10 - First jalan cerita boleh tahan la. Part yang menakutkan tak sampai 20part pun rasanya. First part dah menakutkan actually. Tapi yang tu tak takut sangat. Sampai klimaks, part menakutkan tu banyak. Yang paling aku takut time pakwe kakak main character ni kena gantung then tetiba tarik kakak dia naik ke atas. Weh, time tu serius aku peluk tangan kawan aku sebelah. HAHA! Jalan cerita tak boleh nak agak. Bukan movie hantu yang cliche. Alhamdulillah tak rasa membazir duit aku HAHAHA! Tapi yang part pengakhiran dia, aku tak puas hati. Macam takde ending. Aduh, takkan ada part 3 kot. Aku paling bengang kalau cerita ni bersambung-sambung, buat aku tak sabar nak tunggu part seterusnya keluar.

 Movie hantu yang disarankan oleh aku.
Tapi yang ada penyakit lemah jantung ke yang lemah semangat ke, lemah iman pun, tak payah tengok sebab aku takut kang keluar pawagam, orang yang tolong angkut. Nak tengok sendiri kat rumah, jangan tengok sorang. Kang ada yang tak tidur malam asyik berzikir je. HAHAHA! Serius, aku tak bergurau.

K pesanan last, jangan pergi tengok dengan pakwe/makwe korang. Kang banyak pulak adegan tersentuh terpeluk ter ape lagi.

----------------------------------

Sorry for bad review.  Aku review saja saja je. Kalau ada yang perlu diperbaiki, tell me in the comment box below :)

Adios!
Bye. 

 



Friday, 12 February 2016

FIXI REVIEW : Aksara


Hai assalamualaikum!
Harini datang mood rajin nak me-review hihi. Kali ni nak review pasal buku fixi. Nah, aku cadangkan kepada yang tak gemar membaca novel jiwang haha, korang boleh membaca novel jenis fixi ini sebab-- novel ni tak cliche hahah! Jalan cerita dia lebih menarik berbanding novel biasa yang agak sama plot ceritanya.

AMARAN KERAS-- Novel fixi ini sesuai untuk pembaca matang sahaja. Kanak'kanak atau remaja TIDAK DIGALAKKAN MEMBACANYA kerana:-

> Bahasa yang digunakan bebas. Bahasa kasar memang banyakk gilerr.
> Plot cerita kadang'kadang agak lucah. err.

Tapi untuk buku Aksara ni, plot ceritanya tak lucah sangat. Sesuai dibaca oleh remaja macam aku haha!

Tapi buku Aksara ini, adalah trilogi ke#3.
Yang pertama: Ajaib
Kedua: Awan

AKU MEMANG CADANGKAN KORANG BACA KETIGA TIGA BUKU TRILOGI INI. MEMANG BEST AAAAA SERIOUS TAK TIPU HIHI.

Sinopsis dari aku: Buku buku ni pasal remaja'remaja yang ada sixth sense. Ada yang boleh tengok hantu. Ada yang boleh baca minda orang. Ada yang boleh hapuskan ingatan. Ada banyakkkk manusia yang pelik haha! Tapi plot cerita memang menarik gilerr, tak bosan sumpah! Aaaa dah taknak cerita banyak, nanti korang bosan kalau baca huhu. 

So, ayuh dapatkan di kedai'kedai buku berhampiran anda! Kalau ada pameran buku, korang patut pergi sebab nanti ada diskaun hahaha! Okay macam aku ni penjual buku lak haha! kk dah X)

Credit to: Penulis, Syafiq Aizat.
Ig : @_syafiqaizat


Adios!
-Masyarakat membaca, masyarakat berjaya-



Saturday, 6 February 2016

ANIME REVIEW : Prince Of Tennis

Buat pertama kali aku rajin nak review muehehehe.
Review ini khusus buat peminat anime sekalian yeah yuhuuuuuuu.


Nah, anime pertamaaaaaaaa yang aku tengok dan buat aku jatuh cintaaaa dengan dunia anime yang awesomeeee ini!

Jangan fikir anime ni hanya untuk budak budak je okay?
Ya, aku tahu kebanyakan anime jepun ni banyak yang berunsurkan lucah. Korang kena bijak la. Semua perkara yang ada dalam dunia ni, kalau kita tak bijak memang semuanya akan bagi akibat yang buruk.

So, be clever!

PRINCE OF TENNIS

Sinopsis dari aku sendiri :-

Cerita tentang seorang budak sekolah menengah yang terer gileeerrr nak mampus main tennis. Anak kepada juara dunia. Dari kecik, diajar main tennis, tapi bapak dia tak ajar dengan proper, main main gitu. Haaa. Yang bestnya-- dia tak pernah dapat kalahkan bapak dia. Then dia masuk sekolah menengah, dia dah boleh jadi salah seorang pemain utama. Semua orang dia kalahkan. Just a few person je dia kalah selain bapak dia (gelaran bapak terasa sangat kasar but aku still nak guna jugak muehehe) Tapi still boleh kira dengan jari. Em, tak sampai 5orang aku rasa.

Impian dia nak jadi juara dunia.

Okay, taknak cerita banyak sengat, korang kena tengok weh! Serious highly recommended! Episode dia banyak gilerr nak mateyyyy tapi korang kena sabar okay? HAHA!


Watak utama-- Ryoma Echizen (越前 リョーマ Echizen Ryōma?)


Watak paling cool yang aku rasa-- Kunimitsu Tezuka (手塚 国光 Tezuka Kunimitsu?)

Taknak review panjang sangat nanti aku spoil huhu. Aku akan review lagi. inshaaAllah kalau malas aku berlalu pergi~ HAHA! Bye bye!

 
xxx