Monday, 14 December 2015

9 CONTOH GEJALA MEMPERSENDAKAN AGAMA



Assalamualaikum :)



AMARAN KERAS!!!!!

JANGAN sesekali anda mempersendakan agama Islam. JANGAN. Hukumnya haram dan berdosa. Hati'hati kawan'kawan :)

InshaaAllah pada hari ini aku nak kongsikan kepada semua contoh'contoh gejala mempersendakan agama.
Here i go~

1. Makan pada siang hari di khalayak ramai pada bulan Ramadhan.


Ehem, sebenarnya yang ni memang berlaku dalam masyarakat kita. Terutama kepada kaum wanita. Ya, orang yang melihatnya mungkin akan beranggapan anda sedang PSM (keuzuran) tetapi hormatilah bulan Ramadhan. Tak elok buat macam tu, berdosa :)

2. Menyambut hari raya dengan hidangan minuman keras.

3. Menyambut perayaan dengan hiburan yang diharamkan oleh syara'

cth mudah : Sambut hari raya dengan makwe, berpegangan tangan, berpeluk atau bersalaman. Haih, jangan rosakkan kegembiraan hari raya awak dengan malaikat duk catat dosa awak :)

4. Menyempitkan konsep beragama pada tuntutan fardhu ain semata'mata manakala tuntutan fardhu kifayah diabaikan.

Yang ni aku payah nak terang sebab aku takut aku TERsalah terang. Korang yang nak tahu, boleh rujuk yang lebih arif. Maaf :')

5. Menganggap bahawa ajaran Islam tidak sesuai dengan peredaran zaman.

Em yang ni sama dengan konsep berpakaian ketat sebab rasakan berpakaian longgar itu ketinggalan zaman. Haih awak, bukan ketinggalan zaman, tapi dah memang tuntutan agama Islam :)

6. Menghina dan mengkhianati kitab'kitab agama dan para ulama'

cth : Mengejek cara bacaan Al-Quran, memijak atau mengoyakkan helaian alQuran, meletakkan alQuran di tempat yang hina ( sama taraf dengan kaki)

7. Memutarbelitkan maksud ayat AlQuran dan Hadis untuk kepentingan peribadi sesuatu puak.

Em macam yang berlaku sekarang. Wujud ajaran sesat yang menyatakn solat hanya perlu niat sahaja berdasarkan hadis Nabi ada menyatakan. sesuatu perkara berdasarkan niatnya. Itu salah. Jangan mudah terpedaya dengan ajaran sesat itu. Belajar agama dengan lebih mendalam. InshaaAllah terselamat :)

8. Mempersendakan sunnah Rasulullah.

cth : Ejek lelaki berjubah singkat atau berserban.

9. Mempersendakan wanita Islam yang menutup aurat.

Haaaaa! Yang ni ramai zaman sekarang. MasyaAllah :(






10 soalan daripada Kak ShikinRazali



Assalamualaikum :)
Hai! Selamat petang semuaaa! ;)



Harini aku buka blog, tersenyum tengok akak ShikinRazali tag untuk jawab 10 soalan hihi. Mungkin sebab dah lama sangat aku tak main tag tag ni. Last skali main akhir tahun lepas sebab awal tahun 2015 aku dah start stop blogging untuk tumpu SPM hihi.

So, taknak cakap banyak.
Meh aku jawab meh XD


1) Kenalkan diri awak
- Nama diberi Karimah. Anak ke4 daripada 6 orang adik beradik. Lepasan spm uhuks. Haha. Pelajar aliran sains tulen. Stay Terengganu. Mulut banyak hihi. No boyfriend but not available of course haha! 
2) Antara pulau atau bandar, mana satu pilihan? kenapa?
- Pulauuuuuuuuuu :) Sebab aku sukakan pantaiiiiii. Angin laut~ Pasir pantai~ Aku rasa tenang melihat alam :)
3) Pencapaian yang terbaik dalam kehidupan awak?
- Dapat C untuk addmath trial SPM 2015. Haha! Seriously first time sebab sebelum ni takpernah tinggi daripada 45% :( Alhamdulillah. Doakan aku A untuk SPM2015 :)
4) Antara beruang panda, kucing, hamster dan arnab, mana satu pilihan awak? Kenapa?
- Kucing! Sebab i love cats! :) Kucing comel duh. Boleh peluk. Boleh menggetel hahahaha XD 
5) Pendapat awak tentang jurnal saya?
- Akak punya journal best kot. Akak banyak share perkara yang bermanfaat yang inshaAllah boleh bagi kita pahala :)
6) Warna kegemaran awak
- Merah ^^
7) Apakah genre buku kegemaran awak dan kenapa awak suka genre tersebut?
- Thriller. Sebab tak membosankan macam genre romance. Jalan cerita mendebarkan hehehe :)
8) Siapakah idola awak dalam kehidupan?
- InshaaAllah Rasulullah SAW :)
9) Barang yang WAJIB awak bawak semasa keluar dari rumah.
- Phone. Yeah, just it :)
10) Tempat percutian idaman awak?  
- Krabi island! :O 


-------------------------------------------------------

 Yeah! I'm done :)
Here my 10 questions for you guys! :)


  1. Pendapat anda tentang blog saya -http://theonlygirl98.blogspot.my/-
  2. Jenis bacaan yang anda minat untuk baca.
  3. Kenapa persahabatan lagi penting daripada percintaan?
  4. Masyarakat sekarang kurang sifat malu dalam diri. Pendapat anda?
  5. Makanan menggembirakan. Tapi taknak gemuk. Macam mana ek? Haha XD
  6. Tips untuk jadi blogger berjaya ape ek?
  7. Apa azam 2016?
  8. Cita'cita? Dan apa usaha anda untuk capai cita'cita anda ?
  9. Yang mana lebih suka? Hubungan jarak dekat or hubungan jarak jauh. Sebab?
  10. Blog paling awesome?
Tag : CikAkak - Akak KhatyAiman - Akak MariaFirdz - Akak NurulFaiz - CikMimie - Akak AiennNinie - Akak JuaAzura - Akak SitiMunirah - DianaRashid - LeaAzleeya

Siapa yang terdetik nak jawab jugak, dipersilakan! :D
Sangat dialu'alukan. Tapi jangan lupa bagitahu link :)

Adios~


 
xxx